Saturday, September 22, 2012

Just try..

article will be publish soon..

Saturday, June 23, 2012

ku lukis rasa

Andai kau tahu..
rasa ini lahir sjk dulu..
sekian lama ada,
bertahun sudah wujud,
tercipta,terhadir tanpa ku pinta..

kasih..
kubiarkan kau sepi,
xpernah sekali ku layan rasa ini,
xpernah kuhirau hadirmu,
kucuba biarkan ia pergi...dulu

Namun,
ia tidak pernah mati,
walau sekian lama menyepi,
ia masih disitu,beku..
tanpa dibaja atau siraman air cinta..
tanpa pernah kutafsir apa ertinya..

krn tika itu..
terasa temboknya besar,
terasa halangannye berat,
terasa cabarannye pekat,
terasa tidk mampu,

dan..
penyudahnye..kubiarkan rasa itu disitu,
kukuburkan sepi dilubuk hati,
tidak pernah ku jengah walau sekali,
tidak mau ku toleh lagi..

namun..
cantiknye takdir itu..
terasa comelnye yg berlaku...

kita bertemu lg..
walau hanya di alam maya..
kau hadir lagi..
disaat hati ini penuh duka..
penuh derita..
datangmu bagai penyeri..
walau hanya memerhati..

dan..
terasa harapan itu pasti..
walau hanya sesekali dan seketika cuma..

kuluahkan cebisan rasa,
hanya sekadar menguji hatinya..
walau sinar itu ada, namun harapannye gelap..

kuterima seadanya,,,
ketidakpastian jawpnnya,
kesangsian dihatinya..
keutamaan hidupnya..
kubiarkan saja..

krn padaku..
tiada paksaan menerima..
sejak kukuburkan rasa ini dulu..
xpernah lg ku naikkan harapan..
mungkin telah ditakdirkan bukan haluan kita bersama..
mungkin bkn aku dr rusukmu..

andai kita bertemu lg..
andai diri ini masih sendiri..
andai kau jua sepi..
ku mengharapkan kau sudi..
menjadi peneman hidupku nanti..
menjadi pemimpin imanku suatu hari nanti..

namun..
tika itu sudah ada pilihan hati..
moga hidupmu diberkati..

Monday, October 3, 2011

Andai itu takdirnya..

assalamualaikum..

pertemuan dan pepisahan menjadi lumrah dalam meniti kehidupan hari ni..

Mungkin coretan kali ini agak ganjil di kala sudah terlalu lama jemari ini tidak melakar bicara di blog ini. tiba-tiba terasa terpanggil untuk meluahkan rasa hati yang agak galau dan celaru. Sudah sebati dengan diriku, suka memendam rasa jika masalah datang melanda, bukan jua ingin berahsia tetapi mungkin belum ketemu orang yang sesuai untuk ku luahkan apa yang ku rasa..kerana apa yang kurasa ini terlalu lama kupendam dan xmampu ku luahkan pada sesiapa.

Tidak ramai yang perasan apbl aku men'deactivekan' muka buku yang selalunye menjadi teman onlineku yang paling akrab. biarlah kehilanganku di alam maya tidak disedari dan tidak dipedulikan oleh mereka. Cukuplah sekadar untuk kepuasanku..

apa yang ku rancang mungkin tidak secantik kurnian Allah pada ku, mungkin hikmahnya masih kabur dek penglihatan mata kasar, tetapi pastinya akan muncul di saat yang terbaik yang telah Allah aturkan.Sabar lah hati, pasti ketentuan itu manis apbl dikenang 10 tahun akan datang, kerana semua itu akan menjadi pengalaman hidup yang xternilai.

"Apa sahaja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tidak ada seorang pun yang dapat menahannya, dan apa saja yang ditahan oleh Allah maka tidak seorang pun yang sanggup untuk melepaskan nya sesudah itu. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (Fathir: 2)

Hati yang sakit dan tidak redha tidak akan mudah dan tidak akan berlapang dada dalam menerima dugaan dan ujianNya, kerana apa? Kerana hatinya telah jauh dari AsmaNya. Ubati lah hati itu agar kita tidak semakin jauh dan menjauh, terima lah ujian Nya agar kita tidak mengikuti jalan yang salah.Sesungguhnya " Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Al-Baqarah: 286)

Jika ada yang terbaca isi blog ku ini,mungkin tertanya apa pasal budak ni? melalut ntah pape..=)), tetapi andai pembaca itu pernah mengenali diri ini,mungkin jua akan terdetik dihati 'kesiann', xkurang juga terus contact, eh ko knpe?? xsihat eh..==))..mmm macam2..semuanya akan kuluah dengan senyuman, kerana xda apa mampu ku perkatakan, cukup hanya coretan disini..


perkenalan ku dulu dengan dia mungkin hanya sebuah kebetulan.melalui khidmat pesanan ringkas rakan seperjuangan, aku dimaklumkan ada orang ingin berkenalan. Hati tiba-tiba terdetik dan agak kalut serta merta, almaklumlah sms nya agak lain dari biasa. Diwaktu itu aku sedang berbincang dengan ketua kolej mengenai kertas kerja program yang perlu dilaksanakan. Sekilas ku pandang SMS tersebut dan kubiarkan saja, kerana aku tidak ada idea untuk membalasnya. apabila selesai perbincangan tersebut aku pulang ke bilik dan memikirkan tindakan yang bakal ku ambil.What should i do? dalam fikiranku waktu itu agak berserabut dan akhirnya aku memaklunkan pada sahabatku itu supaya menangguhkan dulu, beriku tempoh dalam sebulan dua.

Waktu berlalu dengan pantas, tanpa ku sedari tempoh yang ku beri dulu sudah semakin hampir, dia minta mempercepatkan untuk bertemu ku..dalam hati, tuhan saja yang tahu. Akhirnya ku memohon pada yang Esa, moga diberi petunjuk. Alhamdulillah, aku mengambil keputusan untuk berjumpa dengan dia terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. pada ku, xelok menolak hajat orang,berilah peluang pada dia dan hati ku.==)).

Sesi pertemuan itu, dsaksikan beberpa pasang mata, segannya xtercerita disini. almaklumlah pertama kali bertemu dengan orang yang nak merisik hati. setelah melihat tuan empunya diri, hatiku terdetik, berani betul dia takdim aku, ada hati upayannya nak merisik si brutal ni..haha.pertemuan itu berjalan lancar, terpaksalah aku berlakon sopan..sopan ke? ayu kot..heheh.Sebenarnya situasi seperti ini xpernah terbayang dalam fikiranku, pabila dah kenal orangnya,,agak2 apa jawapanku?

aku meminta tempoh untuk berfikir dan bertanyakan pendapat orang tua. Semestinya setiap keputusanku tidak pernah membelakang pendapat kedua orang tua ku, mereka mengizinkan dan meminta dia datang ke rumah.Itu keputusan orang tua ku, hatiku pulak macamane? Aku mengambil masa dua bulan untuk berfikir..

Aku memohon petunjuk dari Allah yang Esa, saat itu sebenarnya xda dalam perancangan hidupku untuk terikat dengan sesiapa pun. Serba salah jadinya, kalu ditolak, orang kata sombong dan berlagak lak, nak terima...mm, dia ni sapa, xkenal pun..sesuai ke jadi laki aku ni?? ehh dah ber laki2 tu, ada hati la maknenyer..==)). buntu juga dibuatnyer, boleh ke dia terima aku ni, sifat dan watak ku ni lain macam kit..pernah ku tanya waktu ta'ruf hari tu, knp pilih aku..mm jawapannya? dia kata nk yang lebih muda, org sekampung, bla2..banyak sgt karakternye..lantak la, malas nak pikir.

meniti hari yan berlalu, semstinya aku perlu juga memberi jawapan pada dia. setelah berfikir panjang, aku memberi lampu hijau pada dia,setuju la konon2.knp lak setuju? actionnya macam xmau..huhuh.Pada pendapatku, ada beberapa kriteria yang menyebabkan aku terima dia. pertama, dia datang dengan cara baik, walaupun dia pernah kenalku sebelum ni, tapi dia menggunakan saluran yang betul merisik ku,kira ok la tu, lagi pun aku xsuka orang yang terang2 nak ngoratku, stail jual mahal la katakan. Kedua, setelah mengenali peribadinya secara ringkas, ada la yang kena sikit dengan citarasaku..heheh, gediks.aku suka yang berkulit hitam manis, profesion engineering, dan kawasan kampungnya tepi pantai.kebetulan semua kriteria tu ada pada dia, walhal dari mula2 aku jejak langkah ke U, aku memang nak cari pasangan yang seperti itu..well dia dah datang padaku, apa lagi terima jelah, bukan senang nak dapat yang kena dengan selera ni..huhuu.Ketiga, orang tua pulak mengizinkan,jadi kaedahnya makin mudah.Ke empat, mm perlu ke aku mencari terlalu banyak alasan untuk menerima atau menolaknya??.

Kekadang, biarlah masa yang menentukan jodoh dan pertemuan ini. tempoh yang diminta selama dua tahun untuk membuat persiapan mental dan fizikal,mm ok la tu, aku pun baru masuk tahun akhir, banyak lagi perkara yang perlu aku laksanakan sebelum aku bertukar status. Waktu itu, dia sudah habis belajar dan bakal graduasi, jadi tinggal la aku sorang2 kat uthm tu. sorang2 ke?..well, ramai lagi spare part sebenarnya..huhuu, gediks. kata orang xberpeluang nak dating la kan..huhu, tapi padaku memang itu yang terbaik, aku xmahu dating atau berurusan lagi dengan dia, biarla urusan perkenalan nanti setelah semua yang wajib dilaksanakan, biarlah akad berlangsung atas nama ku..dan yang paling penting semuanya halal. itulah iltizam ku waktu itu.

Namun, kata orang kaki mana yang xpernah tersadung akar?, perahu mane yang xpernah terlajak?..siap karam dan tenggelam pun ada kan..sama la seperti aku.

Kekadang datang juga sms menyapa dari dia, bertanya khabar. aku membalas seadanya.(respon jugak, xtahan). setelah bebrapa bulan terikat, aku meminta dia datang kerumah berkenalan dengan orang tuaku. walaupun dia segan2 mau, akhirnya datang jugak. ketika itu yang ada dirumah hanya abang zul, abah, mek, adikku laki dan perempuan kat rumah. jadi kira xramai sangat la dia nak berlagak sopan..huhuu. Dia kata, dia pernah datang umahku, siap google map g cari arah rumahku, 60km dari rumahnya. walaupun macam tu, sempat juga makan buah langsat,yang lucunya tanya jalan pun guna sms je, kalu cal kan lebih mudah..huhu. lantak dia asalkan sampai..huhuu. ingat lagi, waktu dia tiba, aku ingatkan sapa la, ye lah sebelah driver tu macam orang lain dan xpernah nampak, lama jugak aku tengok sementalah mata ku rabun, eh2 xkan yang lain ditunggu lain pulak yang datang..tiba2 dia menjengah,,eh driver upanya, ingatkan orang sebelah. nasik mek dan abah x tertukar calon,ingatkan datang nga kakak. Hati tiba-tiba berbunga, =))

Mek dan abah macam suka je..ceh pandai plak dia ambil hati orang tua ku, aku xkeluar pun masa dia datang, malu2 kucing la katakan..hihii, apa x nyer, abg aku siap warning, ko jgn gedik2 keluar, biar aku je setle..wekk!!. ye lar xmanis katanya. kalu dia datang nga kakak, aku memang nk keluar gak, tp datang nga kawan, kang xpasal2 kawan dia lak terpikat,,haishh..huhu, waktu itu sudah lama berlalu, saat manis yang dikenang.

Kenangan itu datang menggamit di minda, walaupunn sudah 2 tahun berlalu tapi masih segar dalam ingatanku.kini hari-hari yang dilalui terasa kosong dan hambar. ikatan itu membawa erti yang sangat besar dalam hidupku. Aku mula belajar erti setia, setia dengan sebuah penantian. Ramai juga teman kenalan yang ingin datang menyapa selepas itu, tetapi ruang hati ini telah kusediakan untuk dia. Bukan ingin berlagak sombong tetapi kurang berminat.

Apa yang kuharapkan xseindah mane realitinya. Keluarga ku sibuk bertanya risikan yang telah berusia itu dan aku tidak mempunyai jawapan yang pasti. Aku cuba menghubungi dia, bertanya kabar dan ingin berbincang mengenai apa yang telah direncanakan dulu.Dia kata masih belum bersedia, dan minta di tundakan.aku terkesima, mencari sebab musababnya. apbl dirisik xjua ku peroleh jawapan yang pasti. aku terdiam mereka jawapan sendiri sekadar menyedapkan hati. nape dia nak tangguh??

Mungkin kewangan kot, keluarga atau mungkin sebab lain yang tidak ku ketahui. aku terdiam sepi..dikala keboringan kadang2 aku hubungi dia, mungkin situasi yang berbeza dari zaman belajar menyebabkan aku memerlukan teman berbicara. Siapa lagi yang akan menjadi mangsa sms ku kalu bukan dia..huhuu.

Jauh dari sudut hati aku rasa kurang selesa apbl sentiasa berhubung dan kadang2 masa berlalu sepi tanpa bicara. Namun, hatiku mungkin boleh bersabar tetapi apabl keluarga ku sibuk bertanya, kekadang mati akal dibuatnya..

Apbl dia meminta ditangguhkan, hati ku rasa cuak sangat..keyakinan dihati mula goyah, macam2 lintasan datang. mungkin jua dia sudah ada pengganti, sapa tahu..

setiap kali aku menghubungi dia, tiada jawapan pasti yang ku peroleh,perlahan aku mengikut rentaknya..terasa sangat kosong hidup.xmampu jua ku membuka ruang hati ini untuk orang lain..hanya ada dia. Sikapnya yang berdiam diri, membuatkan aku tertanya-tanya, knp?

andainya dirimu sudah ada pegganti maklumkanlah, aku tidak faham bahasa bisu seperti itu. Sementalah ko tidak ada didepan mata..mane ku tahu apa yang ko mahu..penantian ini sangat menyeksakan.........


Sepinya hari-hari yang kulalui....

Salam datang bersapa..


bersambung..

Monday, June 6, 2011

Ujian..

Salam..

lama x menjengah blog ni..hampir setahun. xbusy pun tapi ntah...
apa yanng inginku kongsi adalah ujian yang Allah nk beri kepada hambaNYa

Ia datang tanpa dipinta dan akan berlalu pergi secepatnya masa yang beredar. Saat dan waktu serta kaedah yang kita lalui itulah penentunya, berjaya atau tidak kita mendepangi ujian itu.Dan penilainya bukanlah juri profesional atau berpengalaman, tetapi sejauh mana kita mampu mengambil ia sebagai pengajaran.

Kekadang xsemua orang mampu menerima ujian Allah, walhal dalam apa jua bentuk sekalipun, bergantung kepada kekuatan dalaman yang sedia ada dalam diri masing2.

Dan apabila tiada persediaan mental dan rohani, sesuatu yg biasa boleh menjadi terlalu teruk atau negatif...

to be continue

Sunday, May 23, 2010

Aku dan Latihanku..

Salam..

menceburi bidang pekerjaan adalah sesuatu yang ku idamkan...yaa, setelah sekian lama bertungkus lumus di alam teori,kini sudah tiba masanya aku mengaplikasikan apa yang aku ada..

sejak dari darjah satu hinggalah bakal menggulung sebuah ijazah, inya'Allah, kini aku dibebaskan untuk memilih apa yang aku suka,,,sebenarnya aku suka je semua keje, masalahnya dapat atau tidak..wawaw

ya..aku makin menserasikan diri sekrg..ttp masalah yg datang, kekadang boleh memeningkan kepala jugak..tambah2 skrg ni..perit juga otak memikirkannya..adusss, tolong..

tapi patah semangat bukanlah sifat diriku..aku yang sinonim dgn brutal dan cekal ini xkan mudah mengalah...where is the will..there is the way..cayok2!!

sikit lagi usahaku, pastikan berjaya..Allah nk uji je ni,,,supaya aku lebih matang dan cekap...aku kena usaha btl2 ni.......YaAlllah tulungggggggggggg....

Monday, May 10, 2010

Subuh Yang Hancur!!

MELIHAT kepada kekuatan yang ada pada Israel dan sokongan kukuh Amerika yang tidak berbelah bagi di belakangnya, tidak nampak umatIslam mampu menewaskannya seperti yang pernah dilakukan Sultan Salahuddin al-Ayubi dulu.

Dan bersatulah Islam seluruh belaka, berdemonstrasilah hingga beratus ribu di mana-mana saja di dunia, dalam keadaan yang ada, tiada terdaya dan tiada nampak tanda-tanda Yahudi Israel dapat dikalahkan dan Baitul Maqdis dapat dibebaskan.

Yahudi tahu semua ini. Justeru, apabila menyerang Lubnan yang Islamnya separuh-separuh saja, ia tidak peduluilangsung segala sanggahan dunia Islam dan PBB kerana masing-masing tidak sanggup berbuat apa-apa.

Ia sedia mengadakan gencatan senjata, bukan kerana ia takut kepada tindakan balas umat Islam dan dunia, tetapi ia berhenti sekejap kerana ia penat. Apabila penatnya reda, maka ia akan berbuat apa-apa saja. Yahudi tahu bila ia boleh dikalahkan oleh Islam dan apa senjata yang boleh mengalahkannya.


~ Iman dan jihad ~

Yahudi tahu senjata besar umat Islam ialah iman dan jihad. Senjata itu ada pada pada sebilangan kecil umat Islam sekali pun bilangan umat Islam dunia melebihi satu bilion orang. Yang ramai itu adalah seperti buih di permukaan laut, seperti yang baginda s.a.w. pernah sebutkan. Apabila iman itu menjadi sifat yang dimiliki oleh umat seluruhnya, maka Yahudi tahu ia tidak akan boleh bermaharajalela lagi.

Tanda mudah Yahudi boleh dikalahkan apabila terdapat di seluruh dunia umat Islam turun solat Subuh seperti mereka turun solat Jumaat yang seminggu sekali itu. Adakah sepenuhnya umat Islam sudah turun solat Jumaat? Ia dirasakan tidak. Tetapi sejumlah besar umat Islam di mana-mana juga di dunia sudah memenuhi masjid-masjid setiap Jumaat.

Melihat kepada perhimpunan solat Jumaat yang ada sekarang, Yahudi sudah cukup berwaspada. Jika bilangan yang menunaikan solat itu bertambah, maka ia bertambah bimbang meskipun ia belum boleh menggugat dan menewaskannya. Tetapi apabila umat Islam yang turun solat Jumaat itu juga turun solat Subuh berjamaah setiap pagi, maka ia adalah tanda permulaan bahawa Yahudi boleh dan dapat dikalahkan dalam waktu terdekat.

Apa yang orang Islam buat sekarang ialah semuanya turun ke masjid dan surau bersolat Subuh berjamaah setiap pagi. Jangan ada lagi yang solat di rumah.

Sama ada ada niat untuk memerangi Yahudi atau tidak, semuanya mengambil tanggungjawab dan kesedaran untuk solat Subuh berjamaah seperti solat Jumaat dulu. Niat solat Subuh itu kerana Allah dan membesarkan Allah, maka dengan sendirinya martabat iman masing-masing akan meningkat dan akan meningkat iman umat itu pada keseluruhannya.

~Ibadat sunat~

Dari keberkatan solat Subuh seperti solat Jumaat itu, solat-solat fardu yang lain boleh ditingkatkan dan segala ibadat sunat akan diberikan perhatian dan diambil berat. Yang menuntut ilmu teruskan; merekacipta serba aneka teknologi, ayuh jalankan; dan mempelbagaikan senjata selain senjata iman, teruskan. Yang hendak berpolitik, teruskan berpolitik, yang suka demonstrasi boleh lipat gandakan. Maknanya, segala cabang jihad diteruskan. Tetapi pastikan jangan memadai sekadar menunaikan solat Subuh. Solat Subuh itu mesti berjamaah seperti solat Jumaat.

Semua amal ibadat yang lain, dengan sendirinya akan meningkat, berkat dari tekad turun beramai-ramai solat Subuh berjamaah, sama seperti turun menunaikan solat Jumaat.

Sekarang ini OIC dan bangsa-bangsa yang sudah penat dan bosan dengan ketakburan Amerika, Nato dan Israel, begitu marah kepada Israel dan Amerika tentang kekejaman mereka di Palestin dan Lubnan. Sama marahnya kepada Israel dalam perang enam hari dengan Mesir tahun 1967 dulu.

Mesir di bawah pimpinan Gamal Abdel Nasser mengumpulkan segala kekuatan dan bersatu seluruh bangsa Arab atas nama sosialis Arab, tetapi tidak memberatkan solat Subuh berjamaah, tidak datang pertolongan Allah.

Mesir hanya bertahan enam hari, satu tempoh yang amat singkat dibandingkan dengan ketahanan Hizbullah di Lubnan yang mampu menghadapi serangan Israel lebih dari sebulan. Senjata yang dikumpulkan umat Islam Arab untuk menghadapi Israel tidak terkira banyak. Jika besi-besi itu digugurkan saja ke bumi Israel tanpa perlu meletupkannya, nescaya bumi Israel itu tertimbus menjadi bukit dihempap senjata-senjata itu.

Tetapi semua senjata itu meletup di bumi dan perairan sendiri. Hanya Scud yang dilepaskan Saddam Husein dan roket yang dilepaskan oleh Hizbullah yang dapat diletupkan di wilayah Israel. Yang dapat diletupkan di Israel itu hanya amat sedikit dibandingkan dengan jumlah senjata yang dimiliki negara Arab sepanjang 50 tahun lalu.

~Senjata canggih~

Bantuan Allah tidak datang kepada umat Islam kerana masing-masing tidak membina senjata iman. Yang dibina hanya senjata canggih.

Pengalaman saya dalam perjalanan pulang dari Madinah di pinggir Jeddah selepas mengerjakan haji. Rombongan kami singgah solat Subuh di sebuah masjid di pinggir Jeddah. Yang azan itu yang menjadi imam. Dia bilal, dia imam dan dia saja makmum. Untung bas kami singgah di situ. Kami sekalian menjadi makmum.

Bagaimana bantuan Allah hendak turun dalam keadaan demikian. Maka tidak hairanlah ulama Arab membuat fatwa tidak wajar Lubnan dibantu dalam serangan Israel itu. Sudah 50 tahun lebih umat Islam menunggu untuk menundukkan Yahudi Israel. Tidak nampak Israel dapat ditundukkan. Yang tunduk satu demi satu regim umat Islam. Dalam bentuk yang ada, tunggu 100 tahun lagi pun, tidak mungkin negara Yahudi itu boleh ditundukkan.

Saranan Ahmedineejad dengan puluhan ribu demonstrator untuk memadamkan peta Israel dari buku atlas, akan tinggal sebutan tak bermakna. Langsung ia tidak digeruni Yahudi di mana-mana saja.

Tetapi jika Presiden Ahmedineejad boleh memulakan tindakan menggesa setiap laki-laki mukallaf Iran turun setiap solat Subuh seperti solat Jumaat, dan ia diikuti oleh umat Islam yang lain, maka akan datang bantuan Allah dan bungkuslah Israel dan penyokong-penyokong nya dalam sedekad dua akan datang.

Tiada nas yang jelas tentang alahnya Israel apabila solat Subuh sudah seperti solat Jumaat. Ia bukan satu keyakinan seperti menunggu turunnya Imam Mahadi. Tetapi ia adalah satu semangat dan kepercayaan, Islam dapat dibangunkan bermula dengan menjadikan solat Subuh seperti solat Jumaat.

Inilah yang guru-guru kuliah Maghrib beritahu dalam setiap kuliahnya dan inilah khatib patut utarakan dalam setiap khutbahnya. Dan inilah yang Pengerusi OIC kena beritahu negara-negara anggotanya supaya menyeru setiap laki-laki Muslim yang mukallaf jangan mis menjadikan Subuh seperti solat Jumaat.

Apabila semuanya sudah turun ke masjid dan surau di waktu Subuh, maka Allah akan tanamkan kecenderungan masing-masing untuk melakukan ibadat dan kebaikan yang lain.

Tanpa menunggu kedatangan Imam Mahadi, Yahudi Israel akan dapat dikecut-perutkan. Kalau Subuh tidak dapat dijadikan seperti Jumaat, satu demi satu bumi Islam menjadi bumi Yahudi atau menjadi orang yang diredai oleh Yahudi.

Wednesday, May 5, 2010

Atlas of Creation Mengancam Eropah

Salam..tajuk yg saya bw kali ini adalah mengenai Teori Evolusi Darwin..
dulu hangat dipromosikan teori Darwin ini, khususnya mengenai penciptaan manusia.
ya, mereka membuktikn bhw manusia wujud berasaskan evolusi iaitu asal drpada kejadian makluk berbulu(kera),kemudian berevolusi...iaitu perubahan fizikal dari berbulu kpd tidak berbl dan membntk manusia.

Darwin dgn bersenjatakan sains, cuba mengukuhkan kepercayaan ateisme, yakni menolak kewujudan Allah. Alasan bhw sains, yg dapt diliht dihdpn mata, tlh membuktikan kewjdn alam ini dan manusia secra kebtln(evolusi) dan menolak 'dogma' agama yang menyatakan sebaliknya.Sejak sekian lama, merk cuba membuktikan bahw sains dan agama ibarat air dan minyak, dimana tidak mungkin boleh bersatu.

Sebenarnya Darwin tidak pernah memastikan teorinya. Menurut ilmuwan, sebenarnya teori evolusi hanya sebuah teori hipotesis, Darwin berharap kelak dapat menemukan bukti yang meyakinkan. Untuk membuktikan bahwa teori evolusinya itu benar, bukti yang ada tidak dapat bertahan hingga saat ini, lagi pula teori evolusi sangat jauh berbeza dengan kenyataan, bukti masih samar-samar, dan kesimpulanya juga tidak dapat diulang. Namun demikian masih ada sarjana yang kebelakngn ini meneruskannya dan menganggap teori itu sebagai suatu keyakinan yang ilmiah. Hipotes yang baru ini dengan cepat menjadi satu keyakinan yang umum, dan mengulangi perkataan orang lain, sekarang dianggap sebagai satu kebenaran.


Bagaimanapun, sebagaimana janji ALLAH swt, pembohongan ini sedang menghela nafas2nya yg terakhr apbl perkmbgn terkini menyaksikan persepakatn diantr sains dan agama islam.

Firman ALLAH, maksudnya: Bila kebenaran muncul, kebatilan akan musnah, (Surah al Israk:81) dan Kebenaran adalah dari ALLAH, jgnlah kamu menjd orang yg ragu,al-Baqarah:147)

Kewujudn Atlas Of Creation yang ditulis oleh Harun Yahya, sedikt sebnyak telah menyangkal teori Darwin secara saintifik. Atlas yg ditrbtkan dalam saiz beasr dan mengandungi lebih seribu gambar dan ilustrasi ini membuktikan bahwa teori Darwin telah silap dan hanya khayalan semata2.

Jika mrk mrskn hebat dengan kajian sainsnya,,umat islam perlu rasa lg hebt krn org islam yg mula2 meneroka sains berdasarkan Alquran spt tokoh2 ilmuan islam sblm ini.Ingatlah, fakta alquran adlh tepat dan benar, tetpi merk (yahudi) ini semestinya tidk seng duduk selagi xdpt menyelewengkan umat islam. merk telah berush dr segenp sudut, ttp sejauh manakah pertahann org islam itu sendr dalam memastikan akidah tidak terpesong??? tepuk dada tanya imam...

wassalam.