Wednesday, August 12, 2009

LIDAH TERGAMAM APABILA TANGAN BERTUTUR

Kehidupan didunia ibarat sebuah madrasah pengajian, segala ilmu diajar untuk memberi peluang kepada manusia bagi melengkapkan perbendaharaan ilmu masing-masing. Allah SWT menyediakan tenaga pengajar yg cukup mahir terdiri daripada para anbiya dan juga rasul a.s dan kemudiannya disambung pula tugas mulia itu oleh para ulama sehingga kiamat.

Justeru Tuhan telah melengkapkan segala keperluan untuk manusia melepaskan diri dari kejahilan, sehingga tidak seorang pun didataran Mashyar kelak boleh berdalih untuk menyatakan bahawa tidak ada kemudahan untuk menimba ilmu, dan tidak mungkin dapat menafikan bahawa para rasul telah melaksanakan tugasnya dengan sempurna, kerana setiap rasul itu memiliki sifat tabligh yakni menyampaikan setiap wahyu yang dikurniakan oleh Allah SWT .

Para rasul sudah menyediakan garis panduan yg selengkapnya, dan menunjukkan jalan-jalan lurus dan selamat yg mesti dilalui oleh manusia. Setelah dibentangkan dihadapan mereka jalan yg lurus, para rasul juga memberikan beberapa amaran adanya bahaya jalan yg berliku dan bersimpang-siur itu agar manusia waspada kerana jalan yg bersimpang-siur itu boleh menyebabkan manusia tersesat jalan.

Firman Allah SWT didalam surah al-An’aam ayat 153 yang bermaksud; “Dan bahawa inilah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia dan janganlah kamu tempuhi jalan yang lain, kerana jalan yang bersimpang-siur itu akan mencerai-beraikan (menyesatkan)kamu dari jalan –Nya . Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertaqwa.” (al-An’aam :153)

Setelah dibentangkan dihadapan mereka jalan yg lurus andainya masih ada juga yg menyimpang ke jalan yg membawa mereka ke arah kesesatan, tiada siapa yang patut dipersalahkan , kecuali mereka patut menyalahkan diri sendiri serta mengakui bahawa mereka tidak mematuhi setiap petunjuk arah yang telah disediakan di sepanjang jalan itu.

Ketika manusia terdampar didataran Mashyar jutaan tahun (menurut ukuran masa dunia), dikala mengharungi kesengsaraan yg amat dashyat, ramai dikalangan penghuni Mashyar yg terkenangkan kampung halaman. Mereka menyesali diri kerana memandang sepi seruan para Rasul dahulu. dan bersikap dingin keraan seruan dakwah oleh para ulama terhadap para penyeru ke jalan Allah.

Setelah mereka menyaksikan setiap perkara di Mashyar teringatlah dia kebenaran hari Qiamat yg diberitahu oleh para Rasul dahulu.Dalam ratapan ahli Mashyar, merintih merayu kepada tuhan agar memberi peluang mereka kembali ke dunia walau sejenak untuk memperbaiki keimanan dan melakukan amal soleh, seperti yang digambarkan didalam Al-Quran surah As-Sajadah ayat 12;yang bermaksud…….

“Dan (alangkah ngerinya ) jika sekiranya kamu melihat orang-oranng yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, mereka berkata:Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar , maka kembalikanlah kami (ke dunia),kami akan mengerjakan amal soleh , sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin”.
(As-Sajadah:12)

Kesedaran yg terlewat hanyalah penyesalan yang tidak berfaedah, kerana planet bumi untuk tempat kembali seperti yg dirayu oleh ahli Mashyar itu sudah hancur. Manusia ingin pulang ke dunia, tetapi tidakkah mereka datang dari dunia? Apakah yang menyebabkan mereka abai terhadap kesempatan yang tuhan berikan untuk hidup didunia dahulu?

Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud : "Dihari akhirat Tuhan akan bertanya kepada setiap manusia :Hai manusia, bukankah Aku telah kurniakan kepada engkau kemeriahan masa remaja? Untuk apakah kamu habiskan masa remajamu? Tidakkah Aku telah kurniakan umur yang panjang? Untuk apa umurmu itu kamu pergunakan? Bukankah telah Aku kurniakan rezeki yang melimpah? Tetapi untuk apa kamu habiskan harta itu? Bukankah Aku telah berikan kamu ilmu? Tetapi untuk apa ilmu itu kamu gunakan."

Empat soalan penting yg di kemukakan oleh Allah SWT diakhirat ialah yg pertamanya mengenai alam remaja, suatu lembaran hidup selepas bermulanya taflik syarak. Tuhan tidak menanyakan seseorang tentang alam kanak-kanak kerana usia kanak-kanak belum diberi beban atau tanggungjawab memikul suruhan dan larangan yg terkandung didalam syariat.

Alam remaja merupakan zaman kejutan kepada suatu perubahan emosi, saat remaja mulai terdedah dengan persoalan kejantinaan. Suatu cabaran baru mengenai panduan ,kawalan dan kejayaan dalam menghadapi masa remaja bergantung kepada sejauh mana kefahaman supaya mampu mengendalikan kehidupan yang lurus.

Runtunan masa remaja akan menjadi asas yang kukuh untuk menghadapi cabaran usia yang berikutnya, tetapi kegagalannya akan menjadi titik hitam yang merumitkan, terutama ketika menyediakan jawapan terhadap soalan yang bakal dikemukakan oleh Allah SWT dihari Mashyar kelak.

Apabila menempuh usia dewasa dan hari tua , bererti Tuhan telah mengurniakan umur yg panjang. Mengharungi kehidupan yg panjang bererti lebih banyak peranan yang harus di pikul. Sebagai individu insan, berbagai kelengkapan perlu disediakan, iaitu iman yg berasaskan ilmu wahyu, amal soleh merupakan buah kepada ilmu.

Sebagai ketua keluarga dia adalah ‘murabbi’, yang memikul peranan dan tanggungjawab memimpin rumahtangga , mengasuh keluarga dengan didikan berasas ketaqwaan. Sebagai anggota masyarakat, dia mempunyai peranan sebagai pemimpin yang mengajak manusia ke arah mematuhi ajaran Islam, atau menjadi manusia yang sedia dipimpin dalam suatu wadah perjuangan Islam. Terlaksanakah semua beban kewajipan itu?

Selain itu, Tuhan menjanjikan rezeki kepada setiap hamba-Nya yang diciptakan dimuka bumi ini. Manusia yg mempunyai peranan sebagai khalifah, adalah makhluk istimewa yg dikurniakan berbagai kekayaan dunia, samada kekayaan yg terpendam diperut bumi, kekayaan dilautan, kekayaan didaratan dan juga kekayaan di udara.

Tetapi semua itu hanyalah merupakan alat-alat yg mesti dipergunakan untuk melakukan ketaatan kepada Allah SWT. Bagaimana cara mendapatkan kekayaan harta tersebut,samada dgn cara betul dan halal atau cara yg terlarang.Untuk apa pula dipergunakan harta yg melimpah ruah, adakah utk menjadi penghimpun kekayaan dan lupa daratan seperti Qarun, samada Qarun klasik atau Qarun moden.

Segala yg bersangkutan dengan harta kekayaan Allah kurniakan itu, adalah diantara soalan yg mesti dijawab didataran Mashyar kelak. Harta halal yang terhimpun banyak, akan melambatkan seseorang masuk syurga sebaliknya harta yang diperoleh dengan cara haram, akan menjadi api pembakar untuk dirinya sendiri didalam neraka (wal iyazu billah)

Persoalan ke empat didalam hadith Nabi s.a.w itu ialah mengenai ilmu.Tuhan bertanya `Bukankah Aku telah kurniakan engkau ilmu? Bagaimanakah ilmu itu dimanfaatkan'?

Sesungguhnya Allah SWT menjadikan manusia sebagai makhluk istimewa mengatasi makhluk yang lain hatta malaikat sekalipun, tidak lain kerana manusia dikurniakan ilmu pengetahuan. Justeru itu manusia adalah makhluk sejak dari manusia pertama iaitu Adam a.s.

Firman Allah didalam surah al-Baqarah ayat 31; ”Dan Dia mengajarkan kepada Adam (ilmu) nama-nama (benda)seluruhnya, kemudian mengemukakan kepada Malaikat lalu berfirman “Sebutkanlah kepada –Ku nama benda –benda itu jika kamu memang dari golongan yang benar”. (Al-Baqarah:31)

Ternyata cabaran Allah SWT terhadap para Malaikat tentang kelebihan ilmu pengetahuan yang dikurniakan kepada Nabi Adam a.s itu tidak dapat disahut oleh Malaikat, sebagaimana pengakuan Malaikat yang dinyatakan oleh Al-Quran surah al-Baqarah ayat 32; yang bermaksud.

“Mereka menjawab :Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Bijaksana”. (Al-Baqarah:32)

Allah SWT mengiktiraf orang-orang yang berilmu kerana dengan ilmu itu Allah telah mengangkatnya ke satu martabat yang tinggi, sebagaimana firman Allah didalam surah Al-Mujaadilah ayat 11; yang bermaksud….

‘Nescaya Allah akan meninggikan darjat orang-orang yang beriman diantaramu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat”. (Al-Mujaadilah:11)

Di samping itu,Allah SWT juga menyifatkan orang yang jahil itu sebagai seteru-Nya seperti yang di perjelaskan oleh sebuah hadith Rasulullah s.a.w; yang bermaksud.

“Orang alim itu adalah kekasih Allah sekalipun dia fasiq, sementara orang yang jahil itu adalah seteru Allah meskipun dia seorang ‘abid’."

Meskipun demikian Tuhan akan persoalkan juga tentang ilmu yg di kurniakan oleh Allah SWT terhadap hamba-Nya, kerana ilmu juga boleh digunakan untuk kebaikan yang memberi manfaat dan mengangkat darjat manusia . Sebaliknya ilmu juga boleh disalah gunakan, hingga mendatangkan malapetaka dan kebinasaan terhadap manusia sendiri. Terlalu banyak contoh manusia binasa oleh ilmu.

Demikianlah diantara beberapa perkara yang akan ditanya oleh Allah SWT di hari Mashyar kelak, malah perilaku dan amalan baik atau sebaliknya tidak akan terkecuali walau sedikitpun.

Firman Allah SWT didalam surah AL-Hijr ayat 92-93 yang bermaksud;
"Maka demi Tuhanmu Kami pasti akan menyoal mereka semuanya tentang apa yang telah mereka kerjakan dulu." (Al-Hijr:92-93)

Soalan dihari Mashyar bukanlah soalan bertaraf ijazah yang bagaimana sulit pun pasti akan dijawab oleh mereka yang menguasai ilmu.

Sesungguhnya soalan di dataran Mashyar tidak akan terjawab oleh lidah, lantaran itu lidah yang petah tidak mendatangkan manfaat lagi. Sebaliknya yang bakal menjawab adalah setiap indera , iaitu tangan-tangan mereka , sementara kaki pula akan menjadi saksi bagi mengesahkan pengakuan yang telah mereka lakukan.

Firman Allah SWT didalam surah Yasin ayat 65; yang bermaksud
"Pada hari Kami tutup mulut mereka, dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksian kaki-kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan." (Yasin:65)

Sesungguhnya tergamamlah lidah apabila tangan dan anggota lain saling membuat pengakuan terhadap berbagai dosa yang telah dilakukan semasa di dunia dahulu

Tuesday, July 28, 2009

leadership..who want to be leader???

assalamualaikum.
sudap lama xmenjengah blog nii
sibuk juga la akhr2 ini..
sejak melibatkan diri dlm kepimpinan kolj..banyak info yg sy dpt..banyk penglaman baru yg blh ditimba..semuanya menambahkan rasa yg lbh enak dalm rempah kehidupan sy..

sesuatu yg ingn sy kongsi..
leadership atau melayunya kepimpinan..

sinonimnya org melihat kempimpinan mesti lelaki..
teringat pula sy pada kata2 seorang lecturer tu
" lelaki adalah pemimpin"
dia tanya saya setuju ke x???
saya mengiyakan aja...memang benar pun..tetapi realiti skrg tidak begitu..
merujuk kpd fakta, dapat sy simpulkan..

Kepimpinan dari kacamata Islam merujuk kepada keperibadian dan segenap aspek tindakan yang dimiliki oleh Rasulullah s.a.w. Di antara ciri-ciri kepimpinan yang baik di antaranya ialah:

1)Berilmu pengetahuan. Orang yang berilmu akan ditingkatkan darjat dan tarafnya. Demikian menurut AlQuran. Sudah semestinya seorang pemimpin dalam sebuah organisasi harus mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih terutama aspek-aspek teknikel dan juga pengurusan dalam organisasi.

2)Teras Aqidah yang kukuh. Ini bermakna seorang pemimpin yang mempunyai teras aqidah yang kukuh akan berjaya dalam kepimpinannya kerana pegangan yang tetap dan aqidah yang mantap akan mencorakkan kepimpinan yang tegas dan beretika dalam perwatakan dan prosedur kerja.

3)Seorang lelaki. Pemimpin lelaki mempunyai beberapa kelebihan berbanding wanita dari segi kepimpinan. Pandangan yang jauh dan bermakna lebih utama dari mengutamakan perkara yang dekat dan remeh dari segi soal-soal kepimpinan. Kaum wanita adalah penting dari segi mengukuhkan organisasi dan perkara-perkara yang perlu dihalusi untuk mencapai kesempurnaan.

4)Amanah. Sifat amanah adalah sifat yang dimiliki oleh Rasulullah s.a.w. Seharusnya seseorang pemimpin mewarisi sifat tersebut untuk mewujudkan sikap kerja yang baik dalam berbagai urusan organisasi.

5)Benar dalam perkataan dan tindakan. Seseorang yang benar dalam perkataan dan tindakannya menggambarkan ciri-ciri kepimpinan yang baik dan menepati soal Kepimpinan Melalui Teladan.

6)Keadilan yang meliputi segenap aspek yang dipimpin. Pemimpin yang adil adalah tunggak yang utama dalam sesebuah organisasi. Ciri kepimpinan yang adil mewarisi sifat-sifat utama pemimpin Islam sebagai termaktub dalam perjuangan para nabi dan rasul. Pemimpin yang adil juga dijamin keselamatannya di bawah naungan ‘Arash Allah swt.

7)Bersifat rahim. Sabda Rasulullah s.a.w. ; perumpamaan baginda dengan umatnya ialah seperti orang yang menghalau kupu-kupu dan belalang yang berkerumun dekat api. Baginda menarik umatnya dari belakang agar mereka tidak jatuh ke dalam api tetapi mereka selalu terlepas tangan dari baginda. Sabdanya lagi, “Sebaik-baik pemimpin ialah yang kamu mencintai dan Dia mencintaimu, dan kamu mendoakan dan ia mendoakanmu. Dan sejahat-jahat pemimpin ialah yang kamu benci dan membenci kamu…”.

8)Bijak dalam menangani masalah. Kisah Nabi Yusuf a.s dalam menangani masalah ekonomi meleset akibat musim kemarau yang berpanjangan melalui perancangan dan pentadbiran yang bijak adalah menjadi rujukan penting bagi sifat-sifat pemimpin yang bijak.
Sentiasa menyampaikan pesanan dan perkara-perkara yang hak. Pesanan Rasulullah s.a.w., “Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat”.

merujuk kpd beberapa fakta diatas..banyak sekali yang tersasar dari lapangan yg sepatutnya..

ramai kita lihat perempuan lebih menonjol dalam kempimpinan..walhal ia tidak sepatutnya berlaku..perempuan mempunyai satu akal dan 99 nafsu, semestinya tindakan yg dilakukan lebih banyak dipengaruhi emosi..

lelaki yang sepatutnya memimpin...kemana perginya golongan adam ni??
adakah hanya selesa dgn memegang tanggungjawab sbg ketua keluarga shj dan trs mengabaikan aspek2 lain yg septtnya diambil perhatian..

realiti hari ini memang pahit..

untuk mempraktikalkan teori kempimpinan ni memang susah...
tiada pemimpin sebaik sebaik Rasullulah SAW..

saya tinggalkan persoalan ini kpd pembaca..supy kt dpt sama2 berfikir sebb dan akibatnya..

wassalam.
sebuah perjalanan yang jauh...

Saturday, May 9, 2009

seperjuanganku...




sahabatku...
dalam hidup ini,
kita diberi masa untk merasa..
dan
kita akan pulang untuk dinilai dengan penuh adil dan saksama.
krn sejauh mana kau merasa dukamu menghiris,aku telah merasakanya,
dalam dan menikam ke dalam dadaku.
menusuk pedih mengatasi sendu.
sejauh mana kau merasa hidupmu sunyi dan disakiti,aku juga telah merasakan kesunyian dan pernah disakiti.
dari sejadah tempat air mata kita tumpah, moga kita sama-sama bertemu di bwh teduh bayangan Kaabah.
Aku akn menantimu di situ,pd ketika aku bw kebahagianku dan kau bw kebahagianmu''..

Menangislah sahabatku..


pada ketika kau memeluk purnama yang memeluk senja.Dakapilah bait-bait perjalanan susah payah itu, yg ia kemudiannya akn menunjukkanmu ke jalan yg terang.


pada saat kau berduka,tiada pernah mahu kau bandingkn dgn saat-saat yg membuatmu ketawa,krn bagimu cintaNya tlh menjadi penawar untk sgl rasa..Yang datang mahu pun yg pergi.Segalanya tiada beza."



Friday, May 8, 2009

Seteguk Air Telaga Kautsar..

Meneliti bait-bait tulisan Tn Guru NiK Abdul Aziz Nik Mat dalam buku Bertemu Janji Allah siri 2...membuat aku terkesima seketika..muhasabah diri..sejauhmanakah telah hanyut dengan arus dunia yang mencabar ini..

Menyingkap kisah Mahsyar yang menyayat hati..cukup mendera batinku,bagai terawang-awang membayangkan azab yang dijanjikan Nya...tetapi xterjangkau dek akalku yang kerdil!!! dan adakah aku tergolong dalam golongan yang dapat minum air telaga kautsar???

secoret kata..

kejadian hakiki..kewujudan yang azali sebuah telaga kautsar...kewajipan megimani...

Sepatah bicara..

Org2 yg beriman,mrk diberi peluang oleh ALLAH utk menghilangkan dahaga dgn meneguk air Telaga Kautsar itu,sblknya org2 kafir dan seumpamanya tdk mendpt sbrg kurnia drpd ALLAH swt, walaupn setitk air dr telaga itu..merk bkn shj xdpt minum malah menghampirinya pun tidk dpt dilakukan...(nik aziz,2009)

merenung shbt2ku...yg dtg dr pelbgai kaum dn etnik...alangkh malangnya nasibku,bkn shj xmampu mmbntu mrk..mlh darah dging sendr blm tentu..jd apa yg nk dibangga pd batang tubuh manusia??

Persoalannya??adkh org2 yg beriman dpt meminum air telaga Kautsar sblm sgl amal mrk ditimbang ataupun selpasnya.Al-Qurtubi dlm kitabnya at-Tazkirah berpendpt org2 yg beriman dpt meminum air telaga itu sblm amal mrk ditimbang.meminum air telaga Kautsar itu adlh pertlgn awal yg diberi olh ALLAH swt kpd hambaNya yg taat,stlh mrk dibangkitkn dr kubur msg2 dlm keadaan lapar dan dahaga.inilh pertlgn 'Ar-Rahim',ALLAH swt trhdp hambaNya yg beriman di akhirat..

imam bukhari dlm kitab Shahihnya menyebut sebuah hadis drpd abu hurairah RA bhw...

"ktk aku berdr melayani org2 yg minum air telaga kautsar,tb2 aku melihat st kump.manusia,lalu keluar sorg drpd mrk lalu berkt kepdku..'mari ke mari'.kemudian aku bertnya kmbli kpd org itu,kemana?? org itu mnjwb 'ke neraka'..lalu aku bertnya kpd malaikt siapa org itu..??? malaikat menjwb itulah golongan org2 yg murtad."(sabda Rasulullah saw)

mudahnya nk murtad...terjadi apbl...
* hatinya memandang serong terhadap islam..terutamanya apbl setiap kali syariat atau hukum Allah disebut atau dibincag utk dilaksnkan,,hatinya kosong tanpa perasaan!!

persoalanya???
'bhw ada org brtnya kpd nabi muhammad SAW,,adakah mrk mendpt minuman dan mknn drpd ALLAH??(abdullah bin Abbas r.anhuma)

jawabnya..

" demi jiwaku yg brd dlm genggaman Allah,mmg ada air ktk aku menunggu di padang mahsyar,sesungguhnya wali2 Allah akn dbr peluang mengunjungi kolam nabi2.. (rasulullah saw)

wali2 Allah itu blh dikenali melalui sift2 mrk...iaitu yg beriman dgn keimanan yg kamil dan bertakwa kpd Allah swt dgn sebenr2 takwa

1)Allah swt telh menyediakn tongkat dari api neraka utk tujuan menghalau golongan kuffar dr telaga Kautsar.,..
2)Allah swt juga telh menyediakn gayung melebihi bintang2 dilangit untk hamba2nya minum air dari telaga kautsar..

sahabat2 sekalian...kita ada dua pilihan...samada memilih yg 1) atau 2)....
pilihan dibuat bukan melalui manisnya bicara tetapi pada sejauhmana kekuatan imam di dada...

to be continue..










Thursday, April 23, 2009

selangkahku bermula

salam..

aku menjengah ke laman blog ni..
tercuit hatiku untuk sama2 menyertai sahabat dalam medan penulisan ni..
sebelum ni, leka aku membaca sisipan dan coretan dari sahabat..
alhamdulillah, akhirnya Allah membuka pintu hatiku untuk sama2 berkongsi idea..

walaupun nampak mudah, tp step pertama ni memang cukupku mengujiku..
maklum la selama ni baca org punyer je..
skrg ni kena la pandai2 utk perah otak..
melontar idea bernas supaya dapat memberi kesedaran pd diri sendr dan org lain..

method berdakwah ni banyak,
jgn jumudkan diri dgn sesuatu perkara je, biarlah kita mencuba pelbagai bidang.
barula ada soft skill and hardsklill..huhuh

sekian saje untuk permulaan ni..
tiba2 je idea mati..