Monday, October 3, 2011

Andai itu takdirnya..

assalamualaikum..

pertemuan dan pepisahan menjadi lumrah dalam meniti kehidupan hari ni..

Mungkin coretan kali ini agak ganjil di kala sudah terlalu lama jemari ini tidak melakar bicara di blog ini. tiba-tiba terasa terpanggil untuk meluahkan rasa hati yang agak galau dan celaru. Sudah sebati dengan diriku, suka memendam rasa jika masalah datang melanda, bukan jua ingin berahsia tetapi mungkin belum ketemu orang yang sesuai untuk ku luahkan apa yang ku rasa..kerana apa yang kurasa ini terlalu lama kupendam dan xmampu ku luahkan pada sesiapa.

Tidak ramai yang perasan apbl aku men'deactivekan' muka buku yang selalunye menjadi teman onlineku yang paling akrab. biarlah kehilanganku di alam maya tidak disedari dan tidak dipedulikan oleh mereka. Cukuplah sekadar untuk kepuasanku..

apa yang ku rancang mungkin tidak secantik kurnian Allah pada ku, mungkin hikmahnya masih kabur dek penglihatan mata kasar, tetapi pastinya akan muncul di saat yang terbaik yang telah Allah aturkan.Sabar lah hati, pasti ketentuan itu manis apbl dikenang 10 tahun akan datang, kerana semua itu akan menjadi pengalaman hidup yang xternilai.

"Apa sahaja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tidak ada seorang pun yang dapat menahannya, dan apa saja yang ditahan oleh Allah maka tidak seorang pun yang sanggup untuk melepaskan nya sesudah itu. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (Fathir: 2)

Hati yang sakit dan tidak redha tidak akan mudah dan tidak akan berlapang dada dalam menerima dugaan dan ujianNya, kerana apa? Kerana hatinya telah jauh dari AsmaNya. Ubati lah hati itu agar kita tidak semakin jauh dan menjauh, terima lah ujian Nya agar kita tidak mengikuti jalan yang salah.Sesungguhnya " Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Al-Baqarah: 286)

Jika ada yang terbaca isi blog ku ini,mungkin tertanya apa pasal budak ni? melalut ntah pape..=)), tetapi andai pembaca itu pernah mengenali diri ini,mungkin jua akan terdetik dihati 'kesiann', xkurang juga terus contact, eh ko knpe?? xsihat eh..==))..mmm macam2..semuanya akan kuluah dengan senyuman, kerana xda apa mampu ku perkatakan, cukup hanya coretan disini..


perkenalan ku dulu dengan dia mungkin hanya sebuah kebetulan.melalui khidmat pesanan ringkas rakan seperjuangan, aku dimaklumkan ada orang ingin berkenalan. Hati tiba-tiba terdetik dan agak kalut serta merta, almaklumlah sms nya agak lain dari biasa. Diwaktu itu aku sedang berbincang dengan ketua kolej mengenai kertas kerja program yang perlu dilaksanakan. Sekilas ku pandang SMS tersebut dan kubiarkan saja, kerana aku tidak ada idea untuk membalasnya. apabila selesai perbincangan tersebut aku pulang ke bilik dan memikirkan tindakan yang bakal ku ambil.What should i do? dalam fikiranku waktu itu agak berserabut dan akhirnya aku memaklunkan pada sahabatku itu supaya menangguhkan dulu, beriku tempoh dalam sebulan dua.

Waktu berlalu dengan pantas, tanpa ku sedari tempoh yang ku beri dulu sudah semakin hampir, dia minta mempercepatkan untuk bertemu ku..dalam hati, tuhan saja yang tahu. Akhirnya ku memohon pada yang Esa, moga diberi petunjuk. Alhamdulillah, aku mengambil keputusan untuk berjumpa dengan dia terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. pada ku, xelok menolak hajat orang,berilah peluang pada dia dan hati ku.==)).

Sesi pertemuan itu, dsaksikan beberpa pasang mata, segannya xtercerita disini. almaklumlah pertama kali bertemu dengan orang yang nak merisik hati. setelah melihat tuan empunya diri, hatiku terdetik, berani betul dia takdim aku, ada hati upayannya nak merisik si brutal ni..haha.pertemuan itu berjalan lancar, terpaksalah aku berlakon sopan..sopan ke? ayu kot..heheh.Sebenarnya situasi seperti ini xpernah terbayang dalam fikiranku, pabila dah kenal orangnya,,agak2 apa jawapanku?

aku meminta tempoh untuk berfikir dan bertanyakan pendapat orang tua. Semestinya setiap keputusanku tidak pernah membelakang pendapat kedua orang tua ku, mereka mengizinkan dan meminta dia datang ke rumah.Itu keputusan orang tua ku, hatiku pulak macamane? Aku mengambil masa dua bulan untuk berfikir..

Aku memohon petunjuk dari Allah yang Esa, saat itu sebenarnya xda dalam perancangan hidupku untuk terikat dengan sesiapa pun. Serba salah jadinya, kalu ditolak, orang kata sombong dan berlagak lak, nak terima...mm, dia ni sapa, xkenal pun..sesuai ke jadi laki aku ni?? ehh dah ber laki2 tu, ada hati la maknenyer..==)). buntu juga dibuatnyer, boleh ke dia terima aku ni, sifat dan watak ku ni lain macam kit..pernah ku tanya waktu ta'ruf hari tu, knp pilih aku..mm jawapannya? dia kata nk yang lebih muda, org sekampung, bla2..banyak sgt karakternye..lantak la, malas nak pikir.

meniti hari yan berlalu, semstinya aku perlu juga memberi jawapan pada dia. setelah berfikir panjang, aku memberi lampu hijau pada dia,setuju la konon2.knp lak setuju? actionnya macam xmau..huhuh.Pada pendapatku, ada beberapa kriteria yang menyebabkan aku terima dia. pertama, dia datang dengan cara baik, walaupun dia pernah kenalku sebelum ni, tapi dia menggunakan saluran yang betul merisik ku,kira ok la tu, lagi pun aku xsuka orang yang terang2 nak ngoratku, stail jual mahal la katakan. Kedua, setelah mengenali peribadinya secara ringkas, ada la yang kena sikit dengan citarasaku..heheh, gediks.aku suka yang berkulit hitam manis, profesion engineering, dan kawasan kampungnya tepi pantai.kebetulan semua kriteria tu ada pada dia, walhal dari mula2 aku jejak langkah ke U, aku memang nak cari pasangan yang seperti itu..well dia dah datang padaku, apa lagi terima jelah, bukan senang nak dapat yang kena dengan selera ni..huhuu.Ketiga, orang tua pulak mengizinkan,jadi kaedahnya makin mudah.Ke empat, mm perlu ke aku mencari terlalu banyak alasan untuk menerima atau menolaknya??.

Kekadang, biarlah masa yang menentukan jodoh dan pertemuan ini. tempoh yang diminta selama dua tahun untuk membuat persiapan mental dan fizikal,mm ok la tu, aku pun baru masuk tahun akhir, banyak lagi perkara yang perlu aku laksanakan sebelum aku bertukar status. Waktu itu, dia sudah habis belajar dan bakal graduasi, jadi tinggal la aku sorang2 kat uthm tu. sorang2 ke?..well, ramai lagi spare part sebenarnya..huhuu, gediks. kata orang xberpeluang nak dating la kan..huhu, tapi padaku memang itu yang terbaik, aku xmahu dating atau berurusan lagi dengan dia, biarla urusan perkenalan nanti setelah semua yang wajib dilaksanakan, biarlah akad berlangsung atas nama ku..dan yang paling penting semuanya halal. itulah iltizam ku waktu itu.

Namun, kata orang kaki mana yang xpernah tersadung akar?, perahu mane yang xpernah terlajak?..siap karam dan tenggelam pun ada kan..sama la seperti aku.

Kekadang datang juga sms menyapa dari dia, bertanya khabar. aku membalas seadanya.(respon jugak, xtahan). setelah bebrapa bulan terikat, aku meminta dia datang kerumah berkenalan dengan orang tuaku. walaupun dia segan2 mau, akhirnya datang jugak. ketika itu yang ada dirumah hanya abang zul, abah, mek, adikku laki dan perempuan kat rumah. jadi kira xramai sangat la dia nak berlagak sopan..huhuu. Dia kata, dia pernah datang umahku, siap google map g cari arah rumahku, 60km dari rumahnya. walaupun macam tu, sempat juga makan buah langsat,yang lucunya tanya jalan pun guna sms je, kalu cal kan lebih mudah..huhu. lantak dia asalkan sampai..huhuu. ingat lagi, waktu dia tiba, aku ingatkan sapa la, ye lah sebelah driver tu macam orang lain dan xpernah nampak, lama jugak aku tengok sementalah mata ku rabun, eh2 xkan yang lain ditunggu lain pulak yang datang..tiba2 dia menjengah,,eh driver upanya, ingatkan orang sebelah. nasik mek dan abah x tertukar calon,ingatkan datang nga kakak. Hati tiba-tiba berbunga, =))

Mek dan abah macam suka je..ceh pandai plak dia ambil hati orang tua ku, aku xkeluar pun masa dia datang, malu2 kucing la katakan..hihii, apa x nyer, abg aku siap warning, ko jgn gedik2 keluar, biar aku je setle..wekk!!. ye lar xmanis katanya. kalu dia datang nga kakak, aku memang nk keluar gak, tp datang nga kawan, kang xpasal2 kawan dia lak terpikat,,haishh..huhu, waktu itu sudah lama berlalu, saat manis yang dikenang.

Kenangan itu datang menggamit di minda, walaupunn sudah 2 tahun berlalu tapi masih segar dalam ingatanku.kini hari-hari yang dilalui terasa kosong dan hambar. ikatan itu membawa erti yang sangat besar dalam hidupku. Aku mula belajar erti setia, setia dengan sebuah penantian. Ramai juga teman kenalan yang ingin datang menyapa selepas itu, tetapi ruang hati ini telah kusediakan untuk dia. Bukan ingin berlagak sombong tetapi kurang berminat.

Apa yang kuharapkan xseindah mane realitinya. Keluarga ku sibuk bertanya risikan yang telah berusia itu dan aku tidak mempunyai jawapan yang pasti. Aku cuba menghubungi dia, bertanya kabar dan ingin berbincang mengenai apa yang telah direncanakan dulu.Dia kata masih belum bersedia, dan minta di tundakan.aku terkesima, mencari sebab musababnya. apbl dirisik xjua ku peroleh jawapan yang pasti. aku terdiam mereka jawapan sendiri sekadar menyedapkan hati. nape dia nak tangguh??

Mungkin kewangan kot, keluarga atau mungkin sebab lain yang tidak ku ketahui. aku terdiam sepi..dikala keboringan kadang2 aku hubungi dia, mungkin situasi yang berbeza dari zaman belajar menyebabkan aku memerlukan teman berbicara. Siapa lagi yang akan menjadi mangsa sms ku kalu bukan dia..huhuu.

Jauh dari sudut hati aku rasa kurang selesa apbl sentiasa berhubung dan kadang2 masa berlalu sepi tanpa bicara. Namun, hatiku mungkin boleh bersabar tetapi apabl keluarga ku sibuk bertanya, kekadang mati akal dibuatnya..

Apbl dia meminta ditangguhkan, hati ku rasa cuak sangat..keyakinan dihati mula goyah, macam2 lintasan datang. mungkin jua dia sudah ada pengganti, sapa tahu..

setiap kali aku menghubungi dia, tiada jawapan pasti yang ku peroleh,perlahan aku mengikut rentaknya..terasa sangat kosong hidup.xmampu jua ku membuka ruang hati ini untuk orang lain..hanya ada dia. Sikapnya yang berdiam diri, membuatkan aku tertanya-tanya, knp?

andainya dirimu sudah ada pegganti maklumkanlah, aku tidak faham bahasa bisu seperti itu. Sementalah ko tidak ada didepan mata..mane ku tahu apa yang ko mahu..penantian ini sangat menyeksakan.........


Sepinya hari-hari yang kulalui....

Salam datang bersapa..


bersambung..