Tuesday, July 28, 2009

leadership..who want to be leader???

assalamualaikum.
sudap lama xmenjengah blog nii
sibuk juga la akhr2 ini..
sejak melibatkan diri dlm kepimpinan kolj..banyak info yg sy dpt..banyk penglaman baru yg blh ditimba..semuanya menambahkan rasa yg lbh enak dalm rempah kehidupan sy..

sesuatu yg ingn sy kongsi..
leadership atau melayunya kepimpinan..

sinonimnya org melihat kempimpinan mesti lelaki..
teringat pula sy pada kata2 seorang lecturer tu
" lelaki adalah pemimpin"
dia tanya saya setuju ke x???
saya mengiyakan aja...memang benar pun..tetapi realiti skrg tidak begitu..
merujuk kpd fakta, dapat sy simpulkan..

Kepimpinan dari kacamata Islam merujuk kepada keperibadian dan segenap aspek tindakan yang dimiliki oleh Rasulullah s.a.w. Di antara ciri-ciri kepimpinan yang baik di antaranya ialah:

1)Berilmu pengetahuan. Orang yang berilmu akan ditingkatkan darjat dan tarafnya. Demikian menurut AlQuran. Sudah semestinya seorang pemimpin dalam sebuah organisasi harus mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih terutama aspek-aspek teknikel dan juga pengurusan dalam organisasi.

2)Teras Aqidah yang kukuh. Ini bermakna seorang pemimpin yang mempunyai teras aqidah yang kukuh akan berjaya dalam kepimpinannya kerana pegangan yang tetap dan aqidah yang mantap akan mencorakkan kepimpinan yang tegas dan beretika dalam perwatakan dan prosedur kerja.

3)Seorang lelaki. Pemimpin lelaki mempunyai beberapa kelebihan berbanding wanita dari segi kepimpinan. Pandangan yang jauh dan bermakna lebih utama dari mengutamakan perkara yang dekat dan remeh dari segi soal-soal kepimpinan. Kaum wanita adalah penting dari segi mengukuhkan organisasi dan perkara-perkara yang perlu dihalusi untuk mencapai kesempurnaan.

4)Amanah. Sifat amanah adalah sifat yang dimiliki oleh Rasulullah s.a.w. Seharusnya seseorang pemimpin mewarisi sifat tersebut untuk mewujudkan sikap kerja yang baik dalam berbagai urusan organisasi.

5)Benar dalam perkataan dan tindakan. Seseorang yang benar dalam perkataan dan tindakannya menggambarkan ciri-ciri kepimpinan yang baik dan menepati soal Kepimpinan Melalui Teladan.

6)Keadilan yang meliputi segenap aspek yang dipimpin. Pemimpin yang adil adalah tunggak yang utama dalam sesebuah organisasi. Ciri kepimpinan yang adil mewarisi sifat-sifat utama pemimpin Islam sebagai termaktub dalam perjuangan para nabi dan rasul. Pemimpin yang adil juga dijamin keselamatannya di bawah naungan ‘Arash Allah swt.

7)Bersifat rahim. Sabda Rasulullah s.a.w. ; perumpamaan baginda dengan umatnya ialah seperti orang yang menghalau kupu-kupu dan belalang yang berkerumun dekat api. Baginda menarik umatnya dari belakang agar mereka tidak jatuh ke dalam api tetapi mereka selalu terlepas tangan dari baginda. Sabdanya lagi, “Sebaik-baik pemimpin ialah yang kamu mencintai dan Dia mencintaimu, dan kamu mendoakan dan ia mendoakanmu. Dan sejahat-jahat pemimpin ialah yang kamu benci dan membenci kamu…”.

8)Bijak dalam menangani masalah. Kisah Nabi Yusuf a.s dalam menangani masalah ekonomi meleset akibat musim kemarau yang berpanjangan melalui perancangan dan pentadbiran yang bijak adalah menjadi rujukan penting bagi sifat-sifat pemimpin yang bijak.
Sentiasa menyampaikan pesanan dan perkara-perkara yang hak. Pesanan Rasulullah s.a.w., “Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat”.

merujuk kpd beberapa fakta diatas..banyak sekali yang tersasar dari lapangan yg sepatutnya..

ramai kita lihat perempuan lebih menonjol dalam kempimpinan..walhal ia tidak sepatutnya berlaku..perempuan mempunyai satu akal dan 99 nafsu, semestinya tindakan yg dilakukan lebih banyak dipengaruhi emosi..

lelaki yang sepatutnya memimpin...kemana perginya golongan adam ni??
adakah hanya selesa dgn memegang tanggungjawab sbg ketua keluarga shj dan trs mengabaikan aspek2 lain yg septtnya diambil perhatian..

realiti hari ini memang pahit..

untuk mempraktikalkan teori kempimpinan ni memang susah...
tiada pemimpin sebaik sebaik Rasullulah SAW..

saya tinggalkan persoalan ini kpd pembaca..supy kt dpt sama2 berfikir sebb dan akibatnya..

wassalam.
sebuah perjalanan yang jauh...